AYT BRGERAK

Tuesday, 25 December 2012

Syeikh Muhammad Nur Saif bahagian 1


Helllo!!!! apa khabar semuanya?? shat? hehe :) nie noru nak brkongsi sesuatu dgn awak semua.. :) harap entri kali nie bermakna n tidak "KOSONG".. hehe :) entri kali ini pasal Syeikh Muhammad Nur Saif.. :)

Kota Suci Mekah  ada dekad-dekad lalu sentiasa dihiasi dengan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengharumkan buminya  buminya dengan halaqah-halaqah ilmu Islam yang berfaedah.  Antara mereka yang menjadi nadi memakmurkan  Masjidil Haram dengan ilmu, hikmah dan amal, yang tulus, ikhlas lagi suci hatinya ialah Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Nur bin Saif bin Hilal al Mahiri Maliki.

 satu2 nya gambar yg saya temui

Ini adalah beberapa fakta tentang Syeikh Muhammad Nur Saif

·         Nama : Syeikh Muhammad Nur Saif

·         Lahir : 1232 Hijrah bersamaan 1905 masihi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)

·         Pendidikan : Madrasah al falah, mekah

·         Jawatan : Pengetua di Madrasah al Falah, Mekah dan mentadbir Madrasah al Ahmadiah di Dubai.

·         Meninggal dunia : 30 Jamadilawal 1403 Hijrah bersamaan 21 febuari 1985 masihi dan disemadikan di tanah perkuburan al ma’la, Mekah di sisi kubur gurunya, Sayyaid Muhammad al ‘arabi al tabbani al Hasani

·         Kemahiran : Memiliki kebijaksanaan yang luar biasa,kekuatan hafazan dan kefasihan tutur kata, cipta syiar arab, mempraktikkan sunnah nabi dan melazimi zikrullah serta wirid.

·         Sumbangan : Memperuntukkan elaun bagi pelajar dan tenaga pengajar, dirikan masjid, asaskan halaqah penghafazan al-quran dan tolak pelbagai jawatan dan imbuhan yang lumayan demi tugasan mengajar dan mendidik

Syeikh Muhammad Nr Saif amat cintakan majlis ilmu dan begitu bersungguh-sungguh melahirkan generasi Islam yang berkualiti.  Beliau telah dditauliahkan oleh para masyayikh Masjid Al Haram sebagai salah seorang tenaga pengjar.  Halaqah pengajiannya menyajikan pelbagai jenis ilmu Islam yagn bermanfaat.  Kemahirannya dalam ilmu Bahasa Arab juga tidak dapat dipertikaikan.

Sepanjang bergelar ahli ilmu, beliau telah memperoleh faedah ilmu dan ijazah daripada ramai ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah terkemuka, sama ada yang berada di Mekah dan Madinah mahupun selainnya.  Di antara mereka yang telah mengasuh, mendidik, dan mencurahkan ilmu serta ijazah kepadanya ialah bapanya, Syeikh Saif bin Hilal, Sayyid Muhammad al ‘Arabi al Tabbani, Syeikh umar Hamdan al Mahrisi, Syeikh Muhammad Ali al Maliki, Syeikh Muhammad Yahya Aman al Hanafi, Syeikh Abid al maliki, Syeikh Ahmad al Tiji, Syeikh Isa Rawwas dan ramai lagi.

 

 

No comments:

Post a Comment