AYT BRGERAK

Tuesday, 25 December 2012

bawang boleh merawat???

Hello!!!! Hai semua.. :) tadi kan noru baca surat khbar, dan noru ada jugak bukak wikipedia dan noru trjumpa info yg menarik… :) noru rasa nak brkongsi dgn awk semua yg tidak sempat untuk mmbaca info ini…. :) noru takut jugak kalu ada org kata yg noru ‘ mencuri idea org lain’ tp tujuan noru hanya lah nak brkongsi apa yg noru baca n tahu kpada org lain.. harap x adalah org yg akan mrah.. hehe :)

Tajuk info tu ialah ‘Bawang merawat penyakit kronik’…  Bawang merah merupakan sebahagian daripada bahan untuk masakan… Selain untuk memasak, bawang juga mempunyai pelbagai khasiat n kebaikan dlm merawat pelbagai penyakit yg serius…. .

Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory.

Di samping itu, bawang merah juga boleh brtindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak n menambah aliran air kencing.. di dalam buku “ The Top 100 Zone Foods ” yg ditulis oleh Dr. Barry Sears, terdapat kajian yg menunjukkan individu yg makan bawang setiap hari boleh mengurangkan kadar kolestrol.. :)



Dengan itu nikmatilah bawang merah setiap hari!!! :)

written by :  Noru deana

No comments:

Post a Comment